PERSOALANNYA, MAMPUKAH PELAJAR MENGINGATI SEMUA PENDAPAT TOKOH INI? Di sinilah pelajar perlu menggunakan kebijaksanaan fikiran dan kehebatan minda untuk memilih pendapat-pendapat tokoh yang bersifat "umum" yang boleh digunakan untuk kepelbagaian tema karangan. SELAMAT MENCUBA!
- Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.
- Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.
- Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln.
- Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal
- Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet.
- Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare.
- Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.
- Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.
- Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.
- Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi.
- Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi.
- Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero.
- Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious.
- Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill.
- Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.
- Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.
- Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju.
- Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.
- Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.
- Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau.
- Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.
- Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi. J. Jayewarden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan