Jumaat, 12 Jun 2009

PENULISAN CEMERLANG 2: PENGGUNAAN PERKATAAN YANG SETARA MAKNANYA

PELBAGAIKAN KOSA KATA DENGAN PERKATAAN YANG SETARA (ATAU HAMPIR SAMA) MAKSUDNYA.

SENARAI PERKATAAN DISUSUN MENGIKUT SUSUNAN HURUF SUPAYA MUDAH UNTUK PELAJAR MEMBUAT RUJUKAN DAN MENGULANG KAJI.

SENARAI INI BUKANLAH SENARAI MUKTAMAD. PELAJAR-PELAJAR DIGALAKKAN MENAMBAH KOSA KATA DARI SEMASA KE SEMASA.

HURUF A


alpa dan leka
ambiguiti dan kesamaran

HURUF B

borong dan pukal
berkecamuk dan berserabut
berkomunikasi dan berinteraksi
berdiskusi dan bermuzakarah
berunding dan bekerjasama
bekerjasama dan bantu-membantu
bekerjasama dan bersatu-padu
bersepadu dan terancang
bersopan-santun dan berpekerti mulia
berbudi bahasa dan berhemah tinggi
bertoleransi dan saling memahami
buli-membuli dan gangsterisme

HURUF C

citra dan identiti
ceria dan gembira
cekap bertindak dan konsisten
culas dan malas
cabaran dan pancaroba
cabaran dan dugaan

HURUF I

intonasi dan nada
inovatif dan kreatif
integriti dan kejujuran
ihsan dan bantuan
impian dan cita-cita
intifadah dan perjuangan
ilmuwan dan cendekiawan

HURUF K

kemahuan dan hasrat
kecekalan dan kegigihan
ketabahan dan kesabaran
keinsafan dan keyakinan
kesopanan dan kesusilaan
keunikan dan kekreatifan
kemahiran dan kepakaran
kesibukan dan kesesakan
kepekaan dan keprihatinan
kerisauan dan kebimbangan
keindahan dan keceriaan
keindahan dan kemanisan
kedaifan, kenaifan dan kemiskinan
kebingungan dan enigma
kecemerlangan dan kegemilangan
kesopanan tutur kata dan kehalusan budi pekerti
khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling
khazanah bernilai dan warisan berharga

HURUF M

menghargai dan menjunjung tinggi
mendarah daging dan berakar umbi
modenisasi dan globalisasi
menyahut dan mendukung
memperkasa dan melestarikan
menjaga dan memelihara
memelihara dan memulihara
membimbing dan membantu
menyahut dan mendukung
mencintai dan menghargai
menegur dan menasihati
mendaulatkan dan memartabatkan
menggertak dan mengugut
meresahkan dan membimbangkan
menebus kekurangan dan kegagalan
menghayati dan menghargai

HURUF P

pesanan dan nasihat
perkasa lagi unggul
persefahaman dan permuafakatan
pengetahuan, maklumat dan ilmu
pembangunan dan kemajuan
penasihat dan pembimbing
perasaan simpati dan empati

HURUF T

takut dan gentar
takut dan bimbang
tekad dan nekad
terancang dan tersusun
terancang dan konsisten
telus dan tulus
terarah dan terpimpin
tercalar dan terluka
tercalar dan tergores
terlerai dan terungkai

TAHNIAH ATAS USAHA ANDA !

TERUSKAN PERJUANGAN MENJEJAKI ISTANA KEJAYAAN.

2 ulasan:

Tinta Siber berkata...

Assalamualaikum cikgu. Insya Allah, saya akan promosikan blog cikgu ini kepada adik saya dan sepupu-sepupu saya. Semoga anak-anak didik cikgu menghargai usaha dan penat lelah cikgu selama ini. Masih ingat kata-kata cikgu: Teruskan perjuangan menjejaki istana kejayaan.

Kembara-sepi berkata...

Waalaikumsalam. Cikgu yang "kerdil" di sini hanya menyumbangkan apa saja yang termampu, untuk membantu pelajar memperoleh kejayaan dalam penulisan karangan. Kadang kala nota dan latihan yang banyak diberikan, tidak diulang kaji oleh pelajar. Moga blog ini dapat dimanfaatkan sebagai rujukan pembelajaran era siber oleh anak didik yang dikasihi.