Jumaat, 12 Jun 2009

PENULISAN CEMERLANG 3: PENGGUNAAN RANGKAI KATA SETARA

SALAM MOTIVASI. BERTEMU LAGI KITA DI TERATAK CIKGU.

KALI INI, CUBA GUNAKAN PULA RANGKAI KATA SETARA DALAM PENULISAN. RANGKAI KATA YANG DISENARAIKAN, TELAHPUN DISUSUN MENGIKUT ABJAD.



  • bersandar pada cara dan berpegang pada peraturan
  • bercelaru dan berserabut
  • dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana
  • keperibadian yang mulia dan ketinggian budi yang luhur
  • kemampuan bersaing dengan negara-negara maju dan berkeupayaan ....
  • keupayaan memanipulasikan dan kebolehan mengendalikan
  • kecelaruan pemikiran dan kekusutan minda
  • kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi
  • masyarakat yang berbudaya ilmu dan berperibadi unggul
  • melontarkan pendapat bernas dan meluahkan perasaan
  • membuahkan kegembiraan dan melahirkan kesejahteraan
  • menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar
  • melampaui batas dan melanggar tatasusila
  • menangkis kegundahan dan keresahan
  • mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan
  • meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati
  • menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan
  • menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki
  • memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan
  • melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka
  • menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati
  • mencemarkan imej dan memburukkan bayangan
  • membelakangkan amanah ibu bapa dan mementingkan diri sendiri
  • mengagungkan budaya hiburan dan meminggirkan ajaran agama
  • percanggahan pendapat dan pertentangan hujah
  • usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur

SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI.

SEMOGA KALIAN DAPAT MENGAPLIKASIKAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEH DI SINI DAN JUGA MEMANFAATKAN SEGALA PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH.

TERUSKANLAH MINAT KALIAN UNTUK MEMBACA DAN TERUS MEMBACA.

SESUNGGUHNYA TERLALU BANYAK NIKMAT TUHAN YANG PERLU KITA SYUKURI.

4 ulasan:

PENA PEJUANG berkata...

Assalamualaikum. Baru dapat tahu tentang blog cikgu. Tahniah atas usaha cikgu. Semoga terus tabah menghadapi ragam murid-murid yang ada waktunya menggugah ketenangan minda.

Kembara-sepi berkata...

Waalaikumussalam. Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak cikgu. Tiada apa yang dapat cikgu berikan buat anak-anak didik cikgu, cuma setitis ilmu dalam menelusuri suka duka musim remaja. Salam ingatan buat semua anak didik yang dikasihi.

juilis69 berkata...

Salam cikgu,
setiap frasa yang cikgu paparkan dalam blog memberikan input yang berguna kepada murid-murid saya. Terima kasih.

Kembara-sepi berkata...

Terima kasih. Sama-samalah kita berkongsi ilmu dan bertukar-tukar ilmu serta maklumat terkini tentang Bahasa Melayu.