PERSOALANNYA, MAMPUKAH PELAJAR  MENGINGATI  SEMUA  PENDAPAT  TOKOH INI?  Di sinilah pelajar perlu menggunakan kebijaksanaan fikiran dan kehebatan minda untuk memilih pendapat-pendapat tokoh  yang bersifat "umum" yang boleh digunakan untuk kepelbagaian tema karangan.  SELAMAT  MENCUBA!

- Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.
 - Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.
 - Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln.
 - Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal
 - Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet.
 - Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare.
 - Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.
 - Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.
 - Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.
 - Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi.
 
- Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi.
 - Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero.
 - Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious.
 -  Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal   menguasai dunia. Napoleon Hill.
 - Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.
 - Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.
 - Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju.
 - Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.
 - Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.
 - Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau.
 - Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.
 - Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi. J. Jayewarden
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan